Isnin, 29 Julai 2013

Susu Rendah Lemak Tidak Semestinya Sihat

SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah. 

Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.

"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini. 



Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim. 

"Satu fakta yang perlu diingat, secara umumnya susu rendah lemak mempunyai kadar gula lebih tinggi supaya rasanya lebih sedap. Selain itu, kandungan zatnya juga lebih sedikit berbanding susu skim," ujarnya.

* Sumber : Akhbar kosmo

Sabtu, 20 Julai 2013

ALSD2 membantu anda

Bagaimana ALPHA LIPID SD2 membantu dalam menurunkan berat badan anda? Didalam badan manusia, terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu :
- Makanan yang anda makan
- Lemak yang anda simpan

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (Gula & Kanji), badan anda akan menguraikan lemak semulajadi untuk mendapatkan tenaga. Jumlah maksimum karbohidrat (gram) yang diambil untuk sehari dipanggil Critical Carbohydrate Level for Losing (CCLL). Apabila lemak diuraikan, Keton akan dihasilkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Kehadiran Keton diuji dengan strip ujian air kencing. Keadaan kimia ini membantu pembakaran lemak dan juga mencegah kelaparan keterlaluan...

Jadi, berdietlah dengan Alpha Lipid SD2 hari ini.. satu revolusi pendietan berformula yang dapat membantu anda mendapatkan kelangsingan tubuh badan yang anda idamkan..

Anda pernah cuba yang lain tapi tak berjaya? kini cuba yang TERBAIK dengan ALPHA LIPID SDII.!!!!


pm/call/wassap MAR 011-28225265
@ LIKE PAGE : https://www.facebook.com/SlimDietIIAlphaLipid

Antara pengguna-pengguna yang telah berjaya :-






Khamis, 18 Julai 2013

5 Sebab Kenapa Diet Yang Diamalkan Tidak Menjadi


Diet merupakan salah satu cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun jangan terlalu mengharap untuk berjaya dalam program diet anda sekiranya anda mengabaikan beberapa tip penting ini:

1. Melewatkan Waktu Makan

Kesibukan melakukan kerja harian biasanya akan membuatkan kita SENGAJA MELEWATKAN waktu makan. Namun, melewat-lewatkan waktu makan sebenarnya akan meningkatkan nafsu untuk makan lebih lebih dari kuantiti yang sepatutnya.

2. Gemar Pemanis Buatan

Sambil membuat kerja, tangan lincah menyuapkan kudapan-kudapan manis, terutama makanan yang dihasilkan dengan menggunakan pemanis buatan. Tidak kira di dalam makanan mahupun minuman. Kandungan pemanis buatan di dalam makanan ini akan meningkatkan metabolisme tubuh untuk menyerap lemak di dalam tubuh. Jadi elakkan...

3. Jauhi gandum Dan Bijirin

Dengan memakan makanan ini secara teratur akan mengurangkan kemungkinan penambahan lemak di perut. Gandum dan bijirin memiliki jumlah KARBOHIDRAT yang TINGGI walaupun membantu dalam proses pencernaan.

4. Mengabaikan Lemak Baik

Meskipun makanan yang berlemak merupakan musuh bagi mereka yang ingin melakukan diet sihat, namun tidak bagi avokado. Buah ini mengandungi lemak baik yang penting bagi tubuh.Menambahkan buah avokado dalam menu harian akan mengurangi lemak di sekitar perut dgn lebih cepat. Selain avokado, minyak zaitun dan kacang-kekacangan merupakan sumber yang baik bagi tubuh mereka yang tengah diet.

5. Malas Bersenam

Meskipun dikatakan lapuk, tetapi dgn melakukan aktiviti olahraga @ bersenam ringan memang menjadi senjata utama untuk membantu mencapai matlamat tubuh yang sihat, segar dan langsing...
============================

Pilihan ditangan ANDA....
 
 

Rabu, 19 Jun 2013

7 Tips Kempiskan Perut

BAGAIMANA NAK KEMPISKAN PERUT?

Pada hari ini, saya akan kongsikan tips kempiskan perut. Ya ramai antara kita yang menghadapi masalah perut buncit terutamanya mereka yang telah berumahtangga dan meningkat usia. Semua petua ini perlu diamalkan dengan tekun dan sabar!

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

# Anda juga boleh mencuba FIBERMAX yang mempunyai banyak serat dan memberi kesihatan yang baik utk usus & perut anda..

Khamis, 9 Mei 2013

Makanan Yang Perlu Dielakkan

  • ALKOHOL - Jika diambil secara berlebihan ia akan memberi kesan kepada fungsi otak terlebih dulu yang menyebabkan seseorang itu menjadi khayal dan boleh menyebabkan masalah neurologi. 
     


  • MAKAN PROSES YANG DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN - Seperti makanan yang diawet serta terlampau banyak mengambil hidangan berasaskan makanan dalam tin atau sejuk beku. Sekiranya ada alternatif lebih baik, elakkan makanan sedemikian. Lebih baik jika mengambil makanan daripada sumber semulajadi.     

  • KAFEIN - Pengambilan kafein ada baik dan buruknya. Ia boleh menyebabkan otak menjadi peka dan lebih fokus, namun kafein boleh mendatangkan keburukan terutama kopi dan teh apabila kita mula ketagih. Apabila sudah ketagih, seseorang yang tidak mengambil kafein akan menyebabkan minda menjadi tidak fokusdan fungsi otak bertukar kepada lemah atau mengantuk. Kafein misalnya yang terkandung di dalam kopi boleh diambil tiga hingga empat cawan sehari dengan kepekatan sederhana.

  • GULA - Pengambilan gula yang mencukupi akan memberi tenaga kepada minda, tetapi jika ia berlebihan akan menyebabkan kesan negatif kepada pembelajaran dan memori seseorang. Ini merujuk kepada gula ringkas seperti gula pasir dan minuman manis. Malah, air berkarbornat atau makanan manis yang diambil dalam kuantiti banyak akan menyebabkan pembelajaran menjadi lambat. Mengikut panduan piramid pemakanan, gula sebaiknya diambil sedikit dan perlu mengikut keperluan individu yang berlainan.



  • MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK TRANS TINGGI - Ia bukan sahaja tidak baik untuk jantung tetapi ada kajian menunjukkan lemak trans juga mengganggu kesihatan otak. Misalnya, makanan yang dimasak menggunakan lemak tepu atau mentega. Ada yang gemar mencairkan mentega untuk amsak dengan udang atau makanan lain yang sebenarnya menukar khasiat yang dimiliki kepada lemak trans.

Ahad, 21 April 2013

4 Sebab Kenapa Penurunan Berat Badan Terhenti

Kehilangan berat badan yang memuaskan..??Tetapi tiba-tiba ia terhenti malah kadang-kala anda melihat jarum penimbang anda menunjukkan arah menaik..JANGAN PANIK- Ianya bukan sesuatu yang luar biasa. 

Berikut adalah 4 sebab yang memungkinkan mengapa perkara ini berlaku.

1. BERAT AIR
-Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.


2. LEMAK KURANG PADAT BERBANDING OTOT
-Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot.  Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda. 

3. PENURUNAN BERAT BADAN ITU TIDAK SELALUNYA DALAM GARISAN LURUS
-Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap).  Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang  3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.  

Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan.  Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.

4. MENGHAMPIRI BERAT IDAMAN ANDA
Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu' untuk anda.

Terjemahan daripada artikel :4 REASON FOR STALLED WEIGHT !

KENAPA PERLU BERDIET

Sebab pertama tentulah untuk KURUS. Namun itu cuma sedikit. Jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, berikut adalah  kebaikan yang anda bakal perolehi :

  • Kadar kolestrol rendah atau kekal pada tahap yang selamat.
  • Sistem imunisasi diperbaiki.
  • Sistem tenaga semakin baik.
  • Tenaga dan kekuatan makin meningkat.
  • Kulit, gigi dan tulang bertambah sihat dan kuat.
  • Risiko penyakit jantung, diebetis dan beberapa penyakit lain dapat diturunkan.
Bukankah ini sesuatu yang menyeronokkan?? Jadi, jom amalkan diet sihat mulai hari ini!!!!!!


Isnin, 11 Februari 2013

Kebaikan Dan Kelebihan Green Tea (Teh Hijau)


Terdapat bermacam-macam produk Green Tea di pasaran.Ianya sesuai diamalkan 1,2 kali setiap hari dan amat bagus menggantikan minuman berkafein. Banyak kebaikannya apabila minum Green Tea ni.Selain membantu menurunkan berat badan, Green Tea juga dapat ;
  • Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah
  • Menyembuhkan lelah & batuk .
  • Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit .
  • Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi (macam ubat gigi !)
  • Membantu mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser .
  • Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung .
  • Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf . Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia .
  • Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan . (Antioksida)
  • Mengurangkan ruam & alergi .
  • Melindungi payudara dari serangan kanser .
  • Menggalakkan pembakaran lemak .
  • Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau)
  • Mencegah mulut berbau .
  • Melindungi paru-paru dari racun rokok .

#Pengguna Alpha Lipid SD2 digalakkan mengambil GREEN TEA pada waktu malam atau ketika lapar ~ tanpa GULA ye ~
~ 1 hari 1@2 cawan sebaiknya

Selasa, 1 Januari 2013

Tahun Baru 2013

       Alhamdulillah Allah masih berikan nyawa dan kudrat pd kita utk terus beribadah padaNya...Sempena tahun baru ni , cam biasala setiap orang akan buat azam baru.Azam lama cmn?da tertunai ke belum??ke langsung xsentuh?ngengenge.
    
       Cam saya lak tentula saya nak wat yg terbaik dalam 'biznes bru sy ni..Fokus betul2 supaya target tercapai.Semoga Allah terus memberkati saya dan impian saya utk berbiznes dri rumah secara tidak langsung dapat menjaga anak saya sendiri, diperkenankan Allah.Amin...

       Jom menjana pendapatan sampingan bersama SD2..Sungguh mudah, dan berbaloi2..Banyak kelebihannya bila anda menyertai keluarga New Image ni..Hanya bermodalkan RM60, anda sudah mempunyai perniagaan anda sendiri..Saya amat menyarankan kepada surirumah, pelajar, even yg dh bekerja macam saya ni utk join sama-sama majukan diri dengan SD2 dan produk-produk lain keluaran Sykt. New Image..Nak taw kelebihannya jangan lupa pm saya  Jangan malu-malu ^__^.


Hubungi pengedar sah utk keterangan lanjut dan membuat tempahan.
pm/call/whatsapp MAR 011-28225265
LIKE page : https://www.facebook.com/SlimDietIIAlphaLipid
ADD fb : https://www.facebook.com/mar.yan.tiey