Khamis, 9 Mei 2013

Makanan Yang Perlu Dielakkan

  • ALKOHOL - Jika diambil secara berlebihan ia akan memberi kesan kepada fungsi otak terlebih dulu yang menyebabkan seseorang itu menjadi khayal dan boleh menyebabkan masalah neurologi. 
     


  • MAKAN PROSES YANG DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN - Seperti makanan yang diawet serta terlampau banyak mengambil hidangan berasaskan makanan dalam tin atau sejuk beku. Sekiranya ada alternatif lebih baik, elakkan makanan sedemikian. Lebih baik jika mengambil makanan daripada sumber semulajadi.     

  • KAFEIN - Pengambilan kafein ada baik dan buruknya. Ia boleh menyebabkan otak menjadi peka dan lebih fokus, namun kafein boleh mendatangkan keburukan terutama kopi dan teh apabila kita mula ketagih. Apabila sudah ketagih, seseorang yang tidak mengambil kafein akan menyebabkan minda menjadi tidak fokusdan fungsi otak bertukar kepada lemah atau mengantuk. Kafein misalnya yang terkandung di dalam kopi boleh diambil tiga hingga empat cawan sehari dengan kepekatan sederhana.

  • GULA - Pengambilan gula yang mencukupi akan memberi tenaga kepada minda, tetapi jika ia berlebihan akan menyebabkan kesan negatif kepada pembelajaran dan memori seseorang. Ini merujuk kepada gula ringkas seperti gula pasir dan minuman manis. Malah, air berkarbornat atau makanan manis yang diambil dalam kuantiti banyak akan menyebabkan pembelajaran menjadi lambat. Mengikut panduan piramid pemakanan, gula sebaiknya diambil sedikit dan perlu mengikut keperluan individu yang berlainan.



  • MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK TRANS TINGGI - Ia bukan sahaja tidak baik untuk jantung tetapi ada kajian menunjukkan lemak trans juga mengganggu kesihatan otak. Misalnya, makanan yang dimasak menggunakan lemak tepu atau mentega. Ada yang gemar mencairkan mentega untuk amsak dengan udang atau makanan lain yang sebenarnya menukar khasiat yang dimiliki kepada lemak trans.